Thursday, 30 January 2014

AYAH BUNUH ANAK





KUALA LUMPUR 30 Jan. - Seorang bapa bertindak kejam mengelar sehingga mati seorang anaknya yang berusia tujuh tahun, manakala dua lagi anaknya cedera akibat ditetak dalam kejadian amuk di rumahnya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi ketika ketiga-tiga mangsa berada di rumah tersebut, manakala isterinya keluar bekerja. Suspek kemudian melarikan diri dan kini diburu polis. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140130/je_17/Bapa-kelar-anak-tujuh-tahun-sehingga-mati#ixzz2rww9vpoq
© Utusan Melayu (M) Bhd 


RAHSIA:


  • Sabda Nabi:"Tiap-tiap kamu adalah pemimpin, dan tiap kamu akan dimintai pertanggungjawaban tentang yang dipimpinnya itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Jauhi prasangka buruk sesama manusia
  • Pupuklah kasih sayang  sesama manusia
  • Sentiasa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan kita kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan dijauhi azab neraka
  • Segala sesuatu semuanya telah ditetapkan oleh Allah, kita kena sabar dan ridha
  • Jauhi perkara yang memabukkan atau yang membawa kepada stress.
  • Jangan tinggal solat
  • Pembunuhan adalah dosa yang besar

Tuesday, 7 January 2014

RAHSIA KOMA





BAITULMUQADDIS - Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang koma sejak 2006 kini di ambang maut selepas kesihatannya dilaporkan semakin merosot.
Pengarah Hospital Tel Hashomer, Zeev Rotstein berkata, sistem kardiovaskular pemimpin berusia 85 tahun itu stabil tetapi fungsi organ lain semakin merosot.
"Beliau semakin tenat setiap hari dan boleh dikatakan beliau berada dalam keadaan amat kritikal," kata Rotstein.
"Dua anak lelakinya kini menemani Sharon pada setiap hari," tambahnya.
Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Beliau yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006.
Sharon yang terkenal kerana kekejamannya dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. - Agensi

Sumber :  KOSMO


RAHSIA  KEJADIAN

1. Dalam Hadith Qudsi Allahbersabda: Demi kemuliaan dan kebesaran Ku Aku pasti akan menuntut bela terhadap orang yang zalim di dunia dan di akhirat. Bahkan Aku akan menuntut bela terhadap orang yang melihat kezaliman (dilakukan di hadapan matanya) dan dia boleh membantu mangsa yang teraniaya tetapi dia tidak melakukannya. (Riwayat Ahmad).

2. JAUHILAH DARI  MEMBUAT KEZALIMAN, KERANA DI SEBALIK MANUSIA ADA ZAT YANG WAJIBUL WUJUD DAN MENJADIKAN ALAM INI.

3. KEJADIAN YANG BERLAKU DI ATAS ADALAH TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH

4. MARILAH KITA BERTAUBAT NASUHA





Sunday, 5 January 2014

2 beranak yang hilang di Sungai Kerian ditemui
NIBONG TEBAL 5 Jan.- Operasi mencari Lans Koperal Halim Ibrahim yang hilang di Sungai Kerian, Tanjong Berembang dekat sini dihentikan selepas mayatnya ditemui pada pukul 5.40 petang ini, kira-kira 500 meter dari tempat mangsa terjatuh petang semalam.
Mayat anaknya, Mohd. Halif Akim, setahun 10 bulan ditemui pada pukul 12.30 tengah hari tadi, kira-kira 400 meter dari tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE



Rahsia  Kejadian


1 . Antara keutamaan sifat sabar ialah:
· >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
· >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
· >> Memiliki iman sejati