BAITULMUQADDIS - Bekas
Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang koma sejak 2006 kini di ambang maut
selepas kesihatannya dilaporkan semakin merosot.
Pengarah Hospital Tel
Hashomer, Zeev Rotstein berkata, sistem kardiovaskular pemimpin berusia 85
tahun itu stabil tetapi fungsi organ lain semakin merosot.
"Beliau semakin
tenat setiap hari dan boleh dikatakan beliau berada dalam keadaan amat kritikal,"
kata Rotstein.
"Dua anak lelakinya
kini menemani Sharon pada setiap hari," tambahnya.
Pemimpin Yahudi yang
digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan
pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang
pilihan raya umum di Israel.
Beliau yang merupakan
seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga
2006.
Sharon yang terkenal
kerana kekejamannya dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan
beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon
yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan
militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra
dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera
Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan
Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber
Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan
kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu
pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama
tiga hari pada 16 September 1986. - AgensiSumber : KOSMO
RAHSIA KEJADIAN
1. Dalam Hadith Qudsi Allahbersabda: Demi kemuliaan dan kebesaran Ku Aku pasti akan menuntut bela terhadap orang yang zalim di dunia dan di akhirat. Bahkan Aku akan menuntut bela terhadap orang yang melihat kezaliman (dilakukan di hadapan matanya) dan dia boleh membantu mangsa yang teraniaya tetapi dia tidak melakukannya. (Riwayat Ahmad).
2. JAUHILAH DARI MEMBUAT KEZALIMAN, KERANA DI SEBALIK MANUSIA ADA ZAT YANG WAJIBUL WUJUD DAN MENJADIKAN ALAM INI.
3. KEJADIAN YANG BERLAKU DI ATAS ADALAH TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH
4. MARILAH KITA BERTAUBAT NASUHA

No comments:
Post a Comment